Duit
Kenapa kita perlu Duit? Dalam zaman moden sekarang ini, sememangya kita memerlukan duit atau wang untuk apa-apa sahaja yang hendak dilakukan. Tanpanya kita tidak dapat membuat atau mendapatkan apa-apa yang kita inginkan. Malah untuk pergi ke bilik air pun kita mesti mempunyai wang. Berbeza dengan zaman dahulu kala, ia tidak mementikan nilai mata wang, justeru kehidupan lebih teratur. Bagaimanapun zaman sudah berubah, kehidupan pun turut berubah. Berbagai-bagai cara untuk kita menambah pendapatan sehingga kita sanggup melakukan apa sahaja demi untuk memasikan kehidupan kita lebih terjamin. Walaubagaimanapun, kita sering kali lalai dan alpa dalam mengejar dan mencari duit. Kadang-kadang Nafsu dan keinginan lebih menguasai diri kita sehingga kita gagal untuk mendapatkan apa yang hendak dikecapi. Justeru peranan minda atau akal amatlah diperlukan untuk memastikan kita tidak tunduk kepada tuntutan nafsu dan sekalligus menjamin kebahagian hidup anda.
Ramai daripada kita sedar bahawa reality membuat duit bukanlah sesuatu yang mustahi untuk dilakukan di dunia internet. Malah ramai yang sudah menjadi mendapat pendapatan secara tetap melalui internet. Kegilaan untuk membuat duit secara online bukanlah sesuatu yang mudah seperti yang kita sangka. Ini kerana ia memerlukan kesabaran yang bukan calangnya untuk menuntut ilmu. Ibarat untuk berperang, kita memerlukan peralatan seperti Senjata dan sebagainya. Begitu juga dengan perniagaan internet, akal dan pengetahuan adalah senjata yang paling utama untuk berjaya. Tanpa ilmu kita mudah terdedah dengan program-program merapu yang sering menipu mereka yang tidak menitiberatkan tentang logik dan keberkesanan sesuatu program. Menuntut ilmu bukanlah bermakna anda perlu berbelanja besar-besaran. Ini kerana ada ilmu yang ada boleh perolehi secara percuma, asalkan anda sanggup berkorban masa anda dan juga rajin untuk membuat kajian. InsyAllah, ilmu tersebut akan datang kepada anda dan semestinya duit akan juga mudah untuk anda dapati.